fbpx

Jangan suka-suka kutip batu pantai, denda RM5,993

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai Calfclose merupakan salah satu pantai popular di Cumberland. – Getty Images

LONDON –  Orang ramai berdepan denda sehingga £1,000 (RM5,993) sekiranya mereka didapati mengutip batu kerikil semasa mengunjungi pantai-pantai di Cumberland, England, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Majlis Bandar Raya Cumberland menyatakan, denda itu turut dikenakan kepada pengunjung yang mengalihkan sebarang jenis cengkerang.

Menurut majlis berkenaan,  langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha meluas untuk mendidik orang ramai mengenai kemusnahan alam sekitar.

Jurucakap Majlis Bandar Raya Cumberland, Neil Dixon berkata,  cengkerang dan batu kerikil adalah penting dalam ekosistem pantai. Ia berfungsi sebagai penghadang semula jadi dan turut melindungi tanah daripada hakisan pantai serta banjir.

“Walaupun kelihatan tidak berbahaya untuk mengeluarkan hanya beberapa batu dan kerikil dari pantai, ia sebenarnya agak memudaratkan ekosistem yang terletak di sini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI