fbpx

‘Ini untuk arwah mak’, adik Ubai dapat 10A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubai berkata hajat ibunya, Allahyarham Rohani Jamal mahu melihat anak bongsu memperoleh keputusan cemerlang akhirnya tercapai.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ubai berkongsi kegembiraan dengan kejayaan adiknya, Alieya meraih keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 26, hajat ibunya, Allahyarham Rohani Jamal mahu melihat anak bongsu memperoleh keputusan cemerlang akhirnya tercapai.

“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat ‘straight’ A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Kata suami kepada penyanyi Shila Amzah itu, sebagai abang dia bangga melihat pencapaian adiknya yang lebih bagus daripadanya dan adik-beradik lain.

Akuinya lagi, kejayaan mereka empat bersaudara adalah berkat doa insan paling disayangi iaitu bonda tercinta.

“Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan je keputusan tapi alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya.

“Ubai rindu mak. Ini (keputusan) untuk mak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ubai turut berkongsi gambar Alieya, 18, bersama ibu mereka berserta tangkap layar slip keputusan SPM yang membanggakan itu.

Terdahulu, arwah yang menghidap kanser ovari tahap tiga menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI