fbpx

Hujan lebat, angin kencang di Perak, Kedah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh negara terutamanya utara dan timur Semenanjung sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk dengan taburan hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Baling di Kedah dan Perak, melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu) dan Pahang (Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

“Di Johor pula, ribut petir dijangka tertumpu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi,” katanya.

Selain itu, ribut petir berserta angin kencang turut diramalkan di Sarawak iaitu di kawasan Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang menjelang malam ini.

Dalam pada itu, di Sabah terutamanya Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Kudat, turut terkesan dengan cuaca buruk sama sehingga 8 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI