fbpx

Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Anna Shafize di laman Facebook.

PETALING JAYA – Seorang wanita memberi amaran kepada ibu bapa lain agar tidak mudah tertipu dengan helah penjual coklat minda di kawasan pekarangan sekolah.

Menurut hantaran Anna Shafize di Facebook, dia membeli produk itu yang berharga RM10 untuk memenuhi permintaan anaknya.

Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati produk itu hanyalah coklat biasa.

“Tergamak sungguh menipu budak-budak. Ingatkan ubat dalam bentuk tablet, rupa-rupanya memang coklat.

“Dahsyat, sejak bila coklat boleh turunkan kolesterol badan? Sampai ‘claim’ boleh cegah sakit jantung,” katanya.

Menurut wanita itu, produk tersebut juga tidak mempunyai sebarang label dan dijual pada harga RM10 sebotol.

Selain itu, penjual mendakwa produk itu kononnya dapat meningkatkan fungsi otak, menurunkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, memperbaiki mood dan meningkatkan tenaga.

Malah, coklat tersebut juga dikatakan telah didoa mengikut kaedah ulama Islam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan masing-masing mengenai penjualan produk tersebut di sekolah.

“Ini produk tunggang agama. Apa maksudnya dibaca doa oleh ulama silam tu?,” tanya Rahil.

“Kami dekat sekolah pun terpedaya dengan produk coklat minda sama. Rupa-rupanya coklat biasa,” kata Najiha.

“Ini produk ‘overclaim’, lebih-lebih je keistimewaan dia tu,” kata Aida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI