fbpx

Busana pereka fesyen Malaysia di Festival Filem Cannes, Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARWITA mempesona dengan busana indah ciptaan Hatta Dolmat di karpet merah Festival Filem Cannes ke-77 di Perancis baru-baru ini.

BAGI seorang pereka fesyen, antara momen indah yang cukup bermakna dalam kerjaya mereka adalah apabila busana yang dihasilkan mereka diperagakan di pentas atau acara berprestij di peringkat antarabangsa.

Bagi pereka fesyen kelahiran Melaka, Hatta Dolmat, sehelai gaun rekaannya yang diperagakan di acara karpet merah Festival Filem Cannes ke-77 di Perancis baru-baru ini menjadi salah satu momen istimewa buatnya.
Model antarabangsa kelahiran Malaysia, Sharwita atau nama sebenarnya Sharminidevi Parameispran mencuri tumpuan apabila tampil di acara karpet merah Festival Filem Cannes itu dengan memperagakan sehelai dres putih polos dengan perincian kelopak bunga rekaan eksklusif Hatta.

Ujar Hatta, ini merupakan kali pertama gaun ciptaannya diperagakan pada acara berprestij itu yang berlangsung pada 14 hingga 25 Mei lalu.

Kongsi pereka fesyen itu lagi, dia mengambil inspirasi daripada busana tradisi masyarakat Melayu iaitu kebaya yang diterjemah dengan penuh moden dan sofistikated.

Idea untuk menggabungkan kebaya dalam bentuk busana couture bagi acara tersebut timbul selepas berbincang dengan Sharwita.

“Memandangkan acara tersebut memerlukan busana bersifat couture, maka Sharwita bercadang untuk membawa identiti Malaysia yang diterjemahkan dengan gaya couture Hatta Dolmat.

“Bagi kemasan kelopak bunga pada baju ini pula, sebelum ini, saya pernah menghasilkan satu rekaan serupa, namun ketika itu tiada acara yang saya rasakan sesuai untuk mempertonton rekaan itu.

“Justeru, apabila Sharwita diundang ke acara karpet merah Festival Filem Cannes ke-77, saya teruja dan melihat pentas itu sebagai peluang buat saya untuk pamerkan rekaan menarik ini,” kongsinya kepada Stailo.

HATTA DOLMAT

Hatta berkata, dia menggunakan fabrik heavy crepe bagi menghasilkan perincian kelopak bunga tersebut yang kemudiannya digunting sebelum dilipat dalam pelbagai saiz.

“Saya mengambil masa selama dua bulan untuk menyiap dan memberi kemasan teliti buat kelopak-kelopak putih yang ada pada busana ini.

“Teknik yang digunakan adalah dengan menggunting, mematikan hujung benang fabrik dengan menggunakan api dan seterusnya melipat fabrik membentuk kelopak bunga berwarna putih.

“Terdapat kira-kira 10,000 keping kelopak bunga yang berjaya dihasilkan, dalam pelbagai saiz berbeza,” katanya sambil menambah perincian paling teliti yang dibuatnya adalah pada bahagian atas baju itu.

Sebanyak 10,000 perincian kelopak bunga daripada fabrik heavy crepe digunakan.

Pemilihan warna putih pula adalah kerana warna tersebut menjadi simbol kesegaran dan kesempurnaan.

Akui Hatta, dia juga secara peribadi amat menggemari warna putih dan melihat warna itu sebagai warna yang paling sesuai buat busana itu.

“Pada asalnya, terdapat beberapa warna lain yang saya fikirkan buat busana ini, antaranya seperti rona merah jambu dan hijau neon.

“Begitu pun, selepas difikirkan semula, warna seperti hijau neon itu tidak sesuai untuk dres kebaya ini dan akhirnya saya memilih putih kerana putih ini melambangkan satu pembaharuan dan juga warna yang menterjemah makna kesegaran,” katanya yang cukup berpuas hati dengan hasil akhir busana itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI