fbpx

Cef Wan disiasat berkait komen pakaian Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cef Wan

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berkaitan Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan yang membuat komen di media sosial didakwa bersifat perkauman terhadap bintang tersohor, Aishwarya Rai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya mengesahkan berkaitan laporan yang dibuat membabitkan selebriti terbabit.

“Laporan berkaitan perkara terbabit diterima pada 24 Mei lalu dan siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Cef Wan menerusi laman sosial Instagram telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas komen dikeluarkannya.

Baru-baru ini, tular di media sosial komen di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.

Menerusi komen dihantar Cef Wan, beliau berkata gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI