fbpx

Bimbang gunung runtuh lagi, 7,900 orang perlu pindah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video semalam menunjukkan lokasi tanah runtuh di Kampung Yambali, wilayah Enga di PNG. – AFP 

PORT MORESBY – Papua New Guinea (PNG) akan memindahkan kira-kira 7,900 orang dari beberapa perkampungan terpencil yang terletak berdekatan lokasi tanah runtuh dahsyat, kata pihak berkuasa hari ini.

Sekitar 2,000 orang dikhuatiri tertimbus dalam bencana tanah runtuh yang memusnahkan sebuah komuniti di sebuah kawasan tanah tinggi pada awal pagi, 24 Mei lalu.

Kampung Yambali di wilayah Enga itu musnah sepenuhnya apabila lereng Gunung Mungalo runtuh pada Jumaat lepas, menimbus banyak rumah dan penduduk yang sedang tidur.

Ketika usaha menyelamat dan bantuan terhalang oleh bentuk muka bumi yang sukar, jalan raya rosak,  hujan lebat dan keganasan puak, pentadbir wilayah Enga, Sandis Tsaka memberi amaran bahawa bencana itu berisiko menjadi lebih buruk.

“Pihak berkuasa berusaha untuk menyelaraskan pemindahan hampir 7,900 orang berikutan batu kapur, debu dan batu berterusan jatuh dari Gunung Mungalo,” katanya.

Ketika ini, Pasukan Pertahanan PNG sedang berusaha untuk membawa jentera berat ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kebarangkalian untuk menemui mereka yang masih hidup sangat tipis, justeru usaha pasukan penyelamat kini tertumpu kepada mengeluarkan mayat mangsa.

Sementara itu, Australia mengumumkan bantuan bernilai jutaan dolar termasuk keperluan kecemasan seperti tempat perlindungan, kit penjagaan kebersihan dan sokongan kepada wanita serta kanak-kanak.

Presiden China, Xi Jingping dan rakan sejawat beliau dari Amerika Syarikat, Joe Biden turut menawarkan bantuan kepada PNG.

Menurut beberapa agensi bantuan, lebih 1,000 penduduk hilang tempat tinggal dalam bencana tersebut. Lokasi kejadian terletak kira-kira  600 kilometer dari Port Moresby. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI