fbpx

Bas persiaran terbabas, rempuh lima kenderaan di parkir kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 31 penumpang bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan insiden itu. Foto ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Sebuah bas persiaran yang membawa seramai 31 penumpang terbabas dan merempuh lima buah kenderaan berhampiran Maxim Residence, Alam Damai Cheras, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Suffian Abdullah berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika bas dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala lokasi penginapan di sebuah kondominium sekitar Cheras, di sini.

“Setibanya di lokasi kejadian, bas yang membawa 11 penumpang lelaki dan 20 penumpang wanita itu telah terbabas sendiri ketika menuruni susur.

“Bas terbabit telah melanggar sebuah Perodua Viva, dua buah Perodua Myvi, sebuah Toyota Vios dan sebuah Honda CR-V.

“Kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua yang terlibat termasuk pemilik lima kereta yang terlibat telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suffian, kemalangan tersebut telah mengakibatkan kabel elektrik terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing dan alkohol terhadap pemandu bas berusia 33 tahun adalah negatif. Kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN166/59,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI