fbpx

Banduan didakwa noda gadis bawah umur sebelum masuk penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafiz (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk didakwa atas pertuduhan merogol seorang remaja pada enam tahun lalu. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada enam tahun lalu iaitu sebelum lelaki itu disabitkan bersalah atas kesalahan merompak.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Abdullah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 13 tahun lapan bulan pada masa kejadian termasuk meletakkan mangsa dalam ketakutan dengan mengacukan sebilah pisau di bilik stor makmal sebuah sekolah di sini kira-kira pukul 6.50 pagi pada 2 Januari 2018.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Situ Edabayu tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sangat serius kerana melibatkan kes rogol.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI