fbpx

Azlan tekad lunas dendam di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN mahu memberikan aksi terbaik jika terpilih mewakili negara ke Piala Raja Thai pada September depan. - AMIR KHALID

KEKALAHAN kepada Thailand dalam perlawanan akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 kelmarin membakar semangat juang apit kanan negara, Mohamad Azlan Alias bagi menebus kekecewaan tersebut.

Perejam sensasi negara itu menjelaskan, dia dan rakan sepasukan sudah memberikan segala-galanya pada perlawanan tersebut, namun rezeki tidak memihak kepada Malaysia untuk menyapu bersih semua kategori.

Justeru, dia sedia untuk menggalas misi melunaskan dendam sekiranya dipilih berada dalam skuad menghadapi Piala Raja Thai di Bangkok, Thailand pada September depan.

“Senarai nama belum keluar lagi. Kami baharu selesai menyertai Piala Dunia dan mungkin selepas ini akan dapat tahu senarai baharu. Sekiranya nama saya naik, sudah tentu saya akan buat terbaik,” katanya.

Pada aksi final di Stadium Titiwangsa kelmarin, Thailand membuktikan mereka masih merupakan kuasa besar sepak takraw dunia apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Malaysia.

Bagaimanapun, pasukan negara bermula langkah kanan apabila regu utama dibarisi Azlan, Farhan Adam dan Mohammad Syahir Mohd. Rosdi menghadiahkan mata pertama apabila menang 9-15, 15-11, 15-13.

“Kalau ikutkan, sasaran sampai. Malaysia memang (ke final) sehingga acara berpasukan. Nak kekalkan kemenangan (acara double dan regu) bukan senang tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan kami dapat nombor dua pun sudah bersyukur.

“Bagi saya, kami sangat berpuas hati dengan permainan. Kami sudah berikan 100 peratus tetapi apakan daya, rezeki tidak memihak kepada Malaysia,” ujar Azlan.

Sebagai rekod, Malaysia meraih dua kejuaraan dunia pada edisi kali ini apabila memenangi double dan regu menewaskan Thailand, namun hasrat melakar kejayaan hatrik tidak tertunai apabila tewas dalam acara berpasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI