SUNGAI PETANI – Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Seri Kota Kuala Muda, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.53 petang.
“Anggaran peratusan kemusnahan bagi setiap rumah adalah antara 10 hingga 85 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, namun enam ekor kucing peliharaan di dalam sebuah rumah yang terbakar tidak dapat diselamatkan. – KOSMO! ONLINE