fbpx

[VIDEO] ‘Straight A bonus, lulus SPM perasaan yang tak tergambarkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesyukuran jelas terpancar di wajah remaja tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pelajar tetap berkongsi rasa syukur apabila berjaya lulus semua subjek bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), walaupun tidak secemerlang rakan seperjuangan yang lain.

Menerusi perkongsian TikTok @sya.enough, remaja tersebut membacakan senarai subjek dan keputusan yang diperoleh dengan gembira ditemani ibunya.

Menurut remaja itu, beroleh keputusan cemerlang adalah bonus, namun jangan rendahkan mereka yang berjuang habis-habisan semata-mata hanya untuk mendapatkan pangkat lulus.

“Straight A adalah bonus, banyak A juga bonus, tapi lulus semua adalah satu perasaan yang tak tergambarkan. Semua orang tak sama, kisah kita berbeza-beza.

“Jadi tolong jangan membanding-bandingkan sebab awak tak tahu macam mana seseorang itu berusaha sampai tak cukup tidur demi ‘lulus’,” katanya.

Rata-rata pengguna di ruangan komen turut terkesan dengan penerimaan dan sikap positif pelajar tersebut.

“Tahniah adik perjalanan masih panjang, terus berdoa pada Allah dan jangan berhenti berusaha sehingga berjaya,” komen Baidura Yaacob.

“Tahniah dik, selamat meneruskan perjuangan yang belum selesai. Tenang-tenang saja teruskan perjalanan pendidikan. Semoga terus sukses sampai ke akhir nanti,” kata Zillasyazam.

“Betul sangat-sangat, syukur Alhamdulillah anak saya lulus. Walaupun tak ada A. Sebab dah cakap awal-awal pada dia ‘janji lulus’ walaupun tak ada A, Alhamdulillah terima kasih ya Allah,” kongsi Normala Alias. – KOSMO! ONLINE

@sya.enough Straight A adalah bonus, banyak A adalah bonus tapi lulus semua adalah 1 perasaan yang tak tergambarkan. Semua orang tak sama kisah kita berbeza-beza jadi tolong jangan membanding-bandingkan sebab awak tak tau macam mana seseorang tu berusaha sampai tak cukup tidur demi ‘lulus’. #result #spm2023 #batch06 #foryoupage #fyp ♬ suara asli – ourfeelings🪐

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI