PETALING JAYA – Sepasang suami isteri sebak apabila menerima hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke-15 iaitu keputusan 10A daripada anak lelaki mereka hari ini.
Momen istimewa itu dikongsi Nor Asila di Facebook yang memaparkan mereka menanti dengan penuh debaran di hadapan komputer riba sebelum bersorak sejurus keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan.
“Best moment ever. Ibu takkan lupa sampai bila-bila, terima kasih Ya Allah, terima kasih Affiq. Hadiah anniversary (ulang tahun) paling bermakna buat ibu dan ayah,” katanya.
Tangisan kegembiraan sang ibu dan perasaan bangga jelas terpancar di wajah bapa membuatkan pengguna yang lain turut merasa sebak dengan pencapaian anak pasangan tersebut.
“Dengar suara ibunya menjerit gembira, dengan saya sekali turut sebak. Terima kasih anak hadiahkan hadiah terbaik buat ibu bapa,” komen Asma’ Sakinah.
“Alluakbar, alhamdulillah. Tahniah abang, acik pun ikut nangis. Tahniah anak yang hebat. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat,” komen Lailatunazimah Salim.
“Kita pula menitis air mata. Tahniah Afiq, semoga akan terus sukses dalam semua bidang yang diceburi, jadi anak soleh kepada kedua ibu bapa dan cemerlang di dunia dan akhirat,” komen Zaliha Yeop. – KOSMO! ONLINE