fbpx

Tuisyen Cikgu Saarani diteruskan – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Tuisyen Cikgu Saarani berjaya melonjakkan pencapaian calon-calon SPM sejak tiga tahun lalu.

TELUK INTAN – Kerajaan Perak akan meneruskan program Tuisyen Cikgu Saarani tahun ini selepas dimaklumkan bahawa ia antara faktor yang melonjakkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2023 ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata program itu dilaksanakan sejak 2021 untuk pelajar yang mengambil peperiksaan awam iaitu SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“(Dengan pengakuan Jabatan Pendidikan Perak bahawa ia antara punca peningkatan pencapaian SPM 2023), maka ia akan diteruskan, kerana ia menjadi salah satu penyumbang kehadiran pelajar dalam kelas tambahan waktu petang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Central Medicare Sdn. Bhd. di Changkat Jong, di sini hari ini.

Jabatan Pendidikan Perak hari ini mengumumkan pencapaian calon SPM 2023 meningkat 0.17 mata apabila memperolehi 4.75 mata berbanding 4.92 mata berbanding calon SPM 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI