fbpx

‘Tokan’ hidup mewah, belajar proses dadah melalui WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (empat dari kanan) pada sidang akhbar rampasan dadah di di IPK Pulau Pulau, hari ini.

GEORGE TOWN – Kehidupan mewah seorang lelaki warga tempatan terbongkar apabila dia rupanya ketua dalam sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di negeri ini.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu di Sungai Ara dan penahanannya membongkar kegiatan suspek memproses dadah di sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Ara, malah, suspek turut menyewa sebuah pangsapuri di Batu Uban untuk dijadikan stor penyimpanan dadah.

Selain penahanan suspek, polis turut merampas dadah bernilai RM4.61 juta dan turut dirampas enam pucuk pistol pelbagai jenama serta 100 butir peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis melancarkan operasi kira-kira pukul 5.30 petang, Jumaat lalu dan berjaya menahan suspek di persimpangan Jalan Changkat Sungai Ara.

“Dengan dipandu arah oleh suspek, kira-kira pukul 7.20 malam, polis menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Ara dan mendapati rumah yang disewa suspek dijadikan makmal memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, suspek dipercayai belajar ilmu memproses dadah daripada rakannya di Kuala Lumpur menerusi WhatsApp dan talian telefon.

“Polis turut menyita pelbagai aset suspek yang dianggarkan bernilai RM424,000 iaitu empat buah kereta (Honda HRV, Perodua Myvi, Toyota Alphard dan Volkswagen Arteon), dua buah motosikal (BMW dan Yamaha XMAX).

“Honda HRV didaftarkan di atas nama anak saudara suspek, motosikal Yamaha XMAX di atas namanya manakala Toyota Alphard, Volkswagen Arteon dan motosikal BMW didaftarkan di atas nama isterinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI