fbpx

Timbalan datuk bandar ditembak mati di Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyiasat di lokasi kejadian. – Thai PBS World

BANGKOK  –  Timbalan Datuk Bandar Pertubuhan Pentadbiaran Tambon (TAO) dalam wilayah Pattani ditembak mati oleh beberapa penyerang yang dipercayai anggota kumpulan pemisah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu.

Beberapa saksi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nan Kongsomboon, 57, diserang hendap oleh dua lelaki yang menunggang motosikal semasa dia pulang ke rumah selepas melihat keadaan lembunya.

Penyerang bersembunyi di tepi jalan sebelum melancarkan serangan terhadap Nan.

Mereka melepaskan tembakan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum melarikan diri. Penyerang turut melarikan sepucuk pistol milik Nan.

Polis kemudian mengepung kawasan tersebut dan menemui lapan peluru raifal M16 dan enam kelongsong peluru pistol kaliber 9 milimeter.

Insiden itu merupakan serangan  terbaharu melibatkan kumpulan pemisah di selatan Thailand, merangkumi wilayah  Pattani, Yala dan Narathiwat. Kumpulan itu menyasarkan anggota sukarelawan pertahanan, polis serta kemudahan awam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI