fbpx

Ten Hag tak ‘goyang’ andai dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kanan) berjaya menghadiahkan dua trofi dalam dua musimnya bersama United. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak menolak kemungkinan gelaran Piala FA menjadi hadiah ‘perpisahan’ terakhirnya selepas berjaya membantu pasukan itu menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi final di Stadium Wembley kelmarin.

Dalam aksi itu, The Red Devils mempamerkan corak taktikal ampuh untuk melakar kemenangan hasil jaringan Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo sekali gus menamatkan penantian lapan tahun selepas kali terakhir memenangi Piala FA pada edisi 2016.

Keputusan tersebut menyaksikan Ten Hag berjaya menutup mulut pengkritik selepas mendakwa masa depannya di Old Trafford sudah berakhir meskipun berjaya membantu pasukan menjulang trofi berprestij England itu.

Lebih manis, kemenangan itu juga menyaksikan United berjaya meraih slot automatik ke kancah Liga Europa musim depan walaupun menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelapan.

Kata Ten Hag, apa sahaja keputusan pengurusan tertinggi mengenai masa depannya bukanlah satu isu besar, sebaliknya beliau percaya khidmatnya bakal ditagih oleh kelab ternama lain andai dipecat dalam masa terdekat.

“Saya langsung tidak memikirkan spekulasi mengenai bakal dipecat pada penghujung musim. Saya telah bentangkan projek kepada pengurusan sebelum ini dan percaya kami masih berada di landasan yang tepat.

“Malah, tidak keterlaluan saya katakan kelab ini jauh lebih baik berbanding ketika saya mulakan tugas dua tahun lalu. Kini, saya berjaya membantu pasukan meraih dua trofi dalam tempoh dua tahun dan ia satu yang membanggakan.

“Secara peribadi, saya masih belum berpuas hati, tetapi kontrak saya masih berbaki semusim lagi. Jika mereka tidak mahukan saya di sini, saya akan bersama kelab lain untuk menjulang trofi seperti yang dilakukan sejak awal karier lagi,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, pengendali kelahiran Belanda itu memuji impak dipamerkan oleh Mainoo kerana memperagakan corak begitu matang meskipun baru berusia 20 tahun.

“Saya sangat teruja menyaksikan apa yang Mainoo pamerkan di pentas tertinggi. Dia adalah pemain yang begitu penting buat pasukan musim ini dan harap prestasi tersebut dapat dikekalkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI