fbpx

SPM: Berhenti sekolah, ditahan polis punca tidak duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jafri ( tiga kiri) menunjukkan buku laporan prestasi SPM 2023 bagi Selangor pada sidang akhbar tersebut.

SHAH ALAM – Berhenti sekolah dan dalam tahanan polis antara punca 1,724 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak menduduki peperiksaan itu di Selangor.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr. Jafri Abu berkata, jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 2,387 calon yang tidak menduduki SPM pada tahun sebelumnya.

Katanya, secara keseluruhan seramai 65,452 calon sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) telah mendaftar bagi peperiksaan tersebut.

“Kita telah banyak melakukan intervensi berkaitan ketidakhadiran calon ini dan sentiasa memberikan perhatian supaya calon-calon mendaftar dapat hadir peperiksaan SPM.

“Bagaimanapun, kita dapat ada juga calon-calon tidak hadir disebabkan berhenti sekolah, kemalangan, telah meninggal dunia, sakit, dalam tahanan polis dan paling banyak adalah tidak dapat dikesan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2023 Selangor hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya akan meningkatkan intervensi dengan memberikan taklimat dan motivasi sebelum peperiksaan selain menghubungi ibi bapa atau penjaga kepada calon-calon ini.

“Bantuan juga diberikan kepada calon untuk menghadiri peperiksaan juga diberikan keutamaan. Sebab itu, nasihat kita sekiranya bermasalah hadir agar menduduki pusat peperiksaan yang paling dekat dengan rumah mereka.

“Kita sentiasa membuat semakan kehadiran iaitu 30 minit sebelum peperiksaan bermula namun masih berlaku kepada calon yang gagal dikesan disebabkan telah lama tidak hadir ke sekolah,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI