fbpx

SPM 2023: 66 mata pelajaran catat peningkatan prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman ketika sidang akhbar berhubung laporan analisis keputusan peperiksaan SPM 2023, di sini, hari ini. FOTO-FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sebanyak 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata, pihaknya turut merekodkan 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan empat mata pelajaran menunjukkan prestasi tidak berubah.

“Prestasi kesemua mata pelajaran teras dalam peperiksaan SPM 2023 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.20 mata.

“Manakala mata pelajaran Bahasa Melayu pula menunjukkan prestasi terbaik dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GMP) 3.86 mata,” katanya pada sidang akhbar pada pengunuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 50 daripada 70 mata pelajaran elektif pula menunjukkan peningkatan, 19 mata pelajaran menunjukkan penurunan dan kekal adalah satu.

“Kesemua empat mata pelajaran Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan (STEM) telah menunjukkan peningkatan.

“Mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan prestasi tertinggi, iaitu 0.22 mara dan merupakan mata pelajaran dengan prestasi terbaik dalam kumpulan ini dengan GPMP 4.15 mata,” jelasnya.

Azman berkata, bagi mata pelajaran STEM kategori Sains Gunaan dan Teknologi, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.46 mata.

Bagaimanapun ujarnya, dua mata pelajaran dalam kumpulan itu menunjukkan penurunan iaitu Pertanian dan Sains Sukan.

“Sebanyak 12 daripada 22 mata pelajaran STEM kategori vokasional (MPV) mencatatkan peningkatan prestasi manakala 10 lagi merekodkan penurunan.

“Mata pelajaran dengan peningkatan prestasi tertinggi adalah Lanskap dan Nurseri iaitu sebanyak 0.75 mata manakala mata pelajaran yang menunjukkan penurunan terbesar adalah Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut dengan 0.29 mata,” katanya.

Mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), beliau berkata, tahap penguasaan calon adalah baik dalam kemahiran mengaplikasi dan menganalisis berbanding mencipta dan menilai.

“Analisis menunjukkan calon SPM 2023 kurang menguasai kemahiran mencipta dan secara keseluruhannya, calon berada pada tahap penguasaan minimum.

“Oleh itu KBAT harus sentiasa dipupuk dan dibudayakan dalam diri murid terutama melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI