fbpx

SPM: 2,005 calon dapat semua A di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 2,005 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor bagi tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr. Jafri Abu berkata, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 145 calon berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 1,860 orang.

Katanya, bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran pula adalah 8,362 calon pada berbanding 7,860 calon pada tahun 2022.

“Secara keseluruhanya, seramai 58,082 calon layak menerima sijil SPM pada tahun 2023 berbanding 56,402 calon pada tahun sebelum ini.

“Angka ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1,680 calon yang merupakan pencapaian berdasarkan syarat persijilan untuk calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi SPM,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2023 Selangor hari ini.

Menurut beliau, indeks Gred Purata Negeri (GPN) Selangor bagi SPM 2023 mencatatkan keputusan lebih baik iaitu 4.67 mata berbanding 4.8 mata pada tahun sebelumnya.

Jafri menambah, sebanyak 42 daripada 56 mata pelajaran telah menunjukkan prestasi termasuk mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

“Begitu juga dengan mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) turut meningkat dengan enrolmen juga bertambah sebanyak 45.77 peratus daripada 65,000 calon kesemuanya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI