fbpx

Sepupu cabul sepupu, itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khadijah mengaku bahawa remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah Disember tahun lalu merupakan cucunya.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim mengakui remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah Disember tahun lalu merupakan cucunya.

Kata Khadijah, 64, sebenarnya kedua-dua cucunya itu menjalinkan hubungan cinta namun isu menjadi lebih besar apabila ada hasutan luar.

“Budak-budak muda bercinta. Dua-dua itu cucu saya, tidak mungkin satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

“Masalah tersebut senang sahaja bagi saya, mereka yang cipta dan merekalah yang selesaikan. Bagi saya ini hal kecil.

“Saya sudah siasat apa yang terjadi tetapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar, kadang-kadang mereka tidak dapat berfikir dengan baik.,” katanya menerusi temu bual dengan media.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Singapura itu tetap mengendalikan masalah tersebut dengan tenang kerana lebih percaya perancangan yang Allah tetapkan.

“Perkara ini bukan satu benda yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

“Saya tidak kisah (kena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.

“Saya percaya Allah aturkan semua ini, jadi saya tenang sahaja,” jelasnya lagi.

Bagi menyelesaikan kekacauan yang terjadi, Khadijah turut menasihati anak-anaknya untuk kekal positif dengan ujian yang dilalui.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-duanya cucu yang saya sayang.

“Selalu saya cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okey.

“Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ini perkara remeh,” tuturnya.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki yang juga cucu seorang penyanyi wanita era 70- an didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun Oktober lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga sepupu perempuannya bagi tujuan seksual di sebuah kediaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI