fbpx

Ikrar barang makanan, rupa-rupanya curut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (tengah) menunjukkan curut dan rokok seludup yang dirampas pihaknya di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang hari ini.-FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Taktik satu sindiket mengikrar curut bernilai RM12.5 juta termasuk cukai sebagai barangan makanan tumpas apabila dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Utara di sini, bulan lalu.

Curut dikenali ‘beedi’ yang diseludup dari negara jiran itu dipercayai untuk dipasarkan kepada warga asing di negara ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan pihaknya terhadap sebuah kontena pada 15 April lalu yang menemukan kira-kira 500,000 batang beedi bernilai RM40,000.

“Semakan mendapati barangan yang lengkap dibungkus itu tidak mempunyai permit import.

“Sindiket juga membuat ikrar palsu dengan mengikrarkan dagangan sebagai ‘foodstuff’ bagi mengelak dikesan pihak kastam,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara hari ini.

Tambah Norlela, pihaknya turut merampas sebanyak 116,860 batang rokok seludup bernilai lebih RM79 juta bagi dua kes berasingan di Pelabuhan Barat pada 19 Mac dan 2 April lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI