fbpx

PT Athletic enggan dilabel ‘Galacticos’ Liga A1 Semi Pro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain dan pegawai diperkenalkan secara rasmi pada Majlis Pelancaran Jersi PT Athletic musim 2024/2025 semalam.

PUTRAJAYA – Kehadiran pemain berpengalaman bukan jaminan buat pendatang baharu Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC dalam usaha mencabar kejuaraan menjelang aksi pembuka tirai musim 2024/2025 pada Sabtu ini.

Ketua Jurulatih PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor berkata, ketika ini ramai peminat tempatan melihat PT Athletic mampu beri cabaran kerana kehadiran beberapa bekas pemain kebangsaan.

“Kelab ini baharu ditubuhkan, rata-rata orang bercakap mengenai PT Athletic, dengan keadaan sekarang pemain berpengalaman Liga Super dan baharu, disitu kita gabungan pemain-pemain yang ada.

“Dalam masa sama, kita memahami dalam bola sepak kita tidak boleh mengharapkan status pemain sahaja tetapi yang penting prestasi atas padang,” katanya ketika ditemui pada Majlis pelancaran Jersi di sini semalam.

Sebagai rekod, antara nama-nama besar yang menguatkan skuad yang berpangkalan di Putrajaya pada musim ini seperti Syazwan Zainon, Adib Zainudin, Indra Putra Mahyuddin, Amri Yahyah, Azarul NazaRith, Qayyum Marjoni, Yusri Yuhasmadi, S Veenod, Latif Suhaimi, Dirga Surdi dan Nursyamil Abd Ghani.

Mengulas lanjut, Nazrulerwan mahu pasukan menjadikan saingan Liga A1 Semi Pro sebagai sebagai persediaan untuk ke Liga Super.

“Ini yang kita terapkan supaya kelab lebih professional dan pada dasarnya pengurusan meletakkan sasaran ke Liga Super 2025/26.

“Namun, sebagai jurulatih perlu lebih realistik untuk kelab mencabar kedudukan kelompok lima terbaik pada tahun pertama penyertaan kejohanan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI