fbpx

Majlis Media Malaysia bakal ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari menyampaikan Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak kepada wartawan veteran, Sulok Tawie sempena Majlis Kemuncak HAWANA 2024 yang disempurnakan oleh disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

KUCHING – Kementerian Komunikasi kini di peringkat akhir merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober tahun ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MMC akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamalnya.

“Kerajaan kini dalam proses menyediakan Analisis Impak Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) kepada industri media sebelum dibentangkan di Parlimen, insya-Allah pada Oktober tahun ini,” katanya berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang disempurnakan oleh disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata kementeriannya BERNAMA akan menampung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk kesemua pengamal media sambilan (stringers) bagi tempoh satu tahun bermula 1 Julai tahun ini.

Beliau berkata untuk tahun pertama caruman, ia ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi melalui BERNAMA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI