SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut ketika melakukan kerja membaiki paip di atas siling sebuah kediaman di Jalan Putra Bestari 2/3A, Putra Height, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan tersebut sekitar pukul 1.39 petang tadi.
Jelasnya, seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menurunkan mangsa tersebut.
“Setibanya di lokasi, pihak kami didapati terdapat seorang lelaki warga Indonesia berusia 55 tahun berada atas siling rumah.
“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan kerja menurunkan lelaki itu dijalankan oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemeriksaan pihak pegawai kesihatan mengesahkan mangsa sudah meningal dunia di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.