fbpx

Lebih 10,000 calon tidak ambil SPM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 10,160 daripada 383,685 orang calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir peperiksaan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pada peperiksaan tersebut hanya 373,525 calon SPM 2023 hadir bagi peperiksaan berkenaan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara terperinci berhubung ketidak hadiran pelajar pada SPM 2023.

“Perkara ini kita akan ambil langkah intervensi bagi tangani masalah ini,” katanya pada pengunuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan KPM tidak menyekat mana-mana sekolah dibawah pentadbirannya untuk melaksanakan majlis apresiasi pelar cemerlang.

“Kita tidak buat larangan mana-mana sekolah untuk membuat majlis berkenaan, tetapi lebih baik dilakukan ketika pembukaan sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI