fbpx

Kem pelarian jadi sasaran 7 peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA ibu meratapi kehilangan ahli keluarga mereka dalam pengeboman di Rafah semalam. - AFP

BANDAR GAZA   – Tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai baharu terhadap berpuluh-puluh pelarian Palestin yang mencari perlindungan di bandar paling selatan Semenanjung Gaza, Rafah,  lapor portal berita Al Mayadeen  hari ini.

Tentera Israel mengebom kem pelarian yang berada di gudang agensi bantuan Palestin kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)  di Rafah. Kawasan itu merupakan  zon selamat terakhir untuk penduduk Gaza.

Ini kerana tentera Israel telah memusnahkan kebanyakan kawasan yang menjadi kediaman penduduk di utara dan tengah Gaza.

Pejabat media pentadbiran Hamas di Gaza melaporkan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengerikan dengan menumpukan serangan ke atas  khemah-khemah pelarian Palestin.

Kem pelarian itu menjadi sasaran tujuh peluru berpandu dan bom jenis berat.

Media kerajaan menjelaskan bahawa pengeboman itu menyebabkan lebih 40 orang  syahid dan ramai lagi penduduk Palestin cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin,  usaha mencari mangsa yang hilang di lokasi kejadian masih diteruskan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI