fbpx

Kelly Rowland mengamuk dihalau dari karpet merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLY ROWLAND

AKSI penyanyi  yang tular dalam media sosial mempamerkan situasi bertegang urat dengan seorang wanita yang juga petugas Festival Filem Cannes, Perancis baru-baru ini menarik perhatian peminat.

Kata Rowland kejadian berlaku ketika dia sedang berbual dengan salah seorang selebriti di karpet merah sebelum diminta beredar oleh petugas terbabit.

“Dia tahu apa yang berlaku. Saya berada di tempat yang betul dan hanya berbual. Namun, petugas itu datang memarahi saya.

“Sedangkan ada wanita lain yang turut berada di situ, tetapi tidak dimarahi atau ditolak. Saya rasa ini diskriminasi,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang menjelaskan laluan karpet merah seharusnya tidak membenarkan sesiapa untuk berhenti atau berbual kerana bimbang akan menghalang pergerakan mana-mana selebriti atau tetamu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI