REMBAU – Dua lelaki melecur di beberapa bahagian di tubuhnya dalam kejaidan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Seri Kendong Kota, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi Zaini Saleh berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 7.50 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang musnah kira-kira 80 peratus. Terdapat dua mangsa mengalami kecederaan.
“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan dihantar ke Hospital Tampin,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.-KOSMO! ONLINE