fbpx

Anwar ucap tahniah pelajar peroleh keputusan cemerlang SPM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memuat naik ucapan tahniah di laman media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Anwar berkata, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang perlu meneruskan usaha bagi mendepani fasa berikutnya dalam kehidupan.

“Kepada yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhiran, sebaliknya masih banyak ruang dan peluang untuk cipta kejayaan baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Media hari ini melaporkan, seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan dipetik berkata, angka itu menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.

Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 pula lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI