fbpx

Serangan balai polis: Wira negara, Koperal Hasif keluar hospital, rehat 2 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOPERAL Mohd. Hasif yang terkena tembakan dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lalu dibenarkan keluar hospital Sabtu lalu dan kini diberikan cuti rehat selama dua bulan.

JOHOR BAHRU – Anggota polis yang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini 17 Mei lalu telah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, anggota terbabit, Koperal Mohd. Hasif Roslan, 38, kini dalam keadaan stabil dan diberikan cuti rehat sehingga dua bulan.

“Dia telah keluar hospital sejak dua hari lalu dan kini sedang diberikan cuti rehat selama dua bulan. Sepanjang tempoh ini dia juga akan diberi rawatan kaunseling untuk membolehkannya pulih daripada trauma.

“Dalam serangan berkenaan, dia terkena dua das tembakan, masing-masing di bahu dan pinggul dengan kedua-dua peluru itu menembusi badannya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI