SEGAMAT – Warga emas yang hilang sejak dua hari lalu ditemui lemas di Sungai Palong, Kampung Balai Badang, Buloh Kasap di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd. Hazim Abdul Razak, pihaknya menjumpai mayat mangsa, Poninan Panijo, 66, pada pukul 10.20 pagi.
“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 500 meter dari lokasi dia terjatuh. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kelmarin, Poninan dilaporkan tidak pulang ke rumahnya selepas memeriksa bot miliknya di pinggir Sungai Palong, Kampung Balai Badang.
Menurut isteri mangsa, suaminya sempat menghantarkan ikan lais pulang ke rumah sebelum keluar semula ke pinggir sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE