fbpx

Sibuk, Che Ta tak periksa telefon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Rozita Che Wan meletakkan kepercayaan penuh buat suaminya.

PETALING JAYA – Sibuk dan banyak urusan lain lebih penting, pelakon Rozita Che Wan mengakui tidak pernah memeriksa telefon suaminya, Zain Saidin.

Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar, 51, itu berkata kepercayaan sesama sendiri sangat penting kerana sehebat mana penipuan sekali pun akan terbongkar jua.

“Ramai DM (mesej langsung) saya tanya tak periksa telefon Zain (suami)kah?

Tak kuasa nak periksa telefon dia. Telefon aku pun tidak sempat balas mesej.

“Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingat konsep itu,” katanya menerusi sebuah video.

Dalam masa sama, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta turut meletakkan kepercayaan 100 peratus buat suaminya walaupun tidak memantau aktiviti dalam telefon.

Konsepnya kita percaya tetapi bila awak cari pasal sekali, siaplah. Masa itu baru tahu langit tinggi atau renda.

“Macam itu konsepnya sebab kita ada kehidupan sendiri dan tak kuasa nak periksa itu ini.

“Tidak sempat tetapi kalau bersiap atau bersolek, saya ada banyak masa. Periksa laki (suami) memang tiada masa,” ujarnya lagi.

Kebelakangan ini, ibu kepada tiga cahaya mata itu kerap memberi ingatan mengenai kes kecurangan rumah tangga dalam media sosial sebagai perkongsian bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI