PETALING JAYA- Black Tap Craft Burgers & Shakes (Black Tap Malaysia) menawarkan hidangan Burger All-American secara percuma kepada 100 tetamu pertama yang memesan item menu klasik itu pada 28 Mei ini.
Hidangan burger percuma ini bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Burger Antarabangsa pada Selasa ini.
Menurut Black Tap Malaysia, promosi istimewa ini boleh ditebus di cawangannya di Sunway Resort Hotel dan juga lokasi terpilih di seluruh dunia di New York City, Dallas, Nashville, Las Vegas dan Anaheim.
“Kami menjemput pelanggan untuk menikmati rasa klasik burger itu secara percuma pada Hari Burger Antarabangsa nanti.
“Kami juga menggalakkan tetamu yang tidak sabar untuk menikmati majlis ini untuk tiba lebih awal dan menyatakan pesanan mereka sebagai All-American Burger bagi memastikan kelayakan menerima promosi,” katanya.
Jelas kenyataan tersebut, tetamu Black Tap Malaysia juga dijemput untuk menikmati ganjaran tambahan semasa waktu bonus yang berlangsung pada hari yang sama seperti menyertai persembahan tarian untuk kelayakan menerima Wagyu Steakhouse Burger percuma.
Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati burger Black Tap dengan pelbagai tawaran menu yang tersedia selain 100 hidangan percuma itu. KOSMO! ONLINE