fbpx

Peruntukan RM11.5 juta baik pulih pasar awam uzur di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hilmi (dua dari kanan) melihat operasi sebuah jentera yang dibawa syarikat pembersihan dari Selangor pada Program Goyong-Royong Perdana 2.0 di Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan negeri memperuntukkan dana sebanyak RM11.5 juta untuk membaik pulih pasar-pasar awam yang dikenal pasti sudah uzur di Kelantan sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, bagaimanapun, semua permohonan membaik pulih pasar awam ketika ini sedang dinilai sebelum kerja-kerja penyelenggaran dijalankan.

Menurutnya, setakat ini, peruntukan bagi baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah sudah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM1 juta manakala RM500,000 oleh kerajaan negeri.

“Pasar awam yang akan dibaik pulih antaranya Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh yang memerlukan dana RM3 juta dan Pasar Besar Kuala Krai.

“Pasar di Kuala Krai misalnya terletak berhampiran dengan kawasan yang berdepan hakisan tanah. Jadi, kita sedang menunggu persetujuan daripada peniaga sama ada mencari tapak yang baharu atau kekal di tapak asal. Jika mereka mahu kekal di situ, maka kita akan baiki kawasan yang terhakis,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Goyong-Royong Perdana 2.0 di Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hilmi memberitahu, ada pasar awam yang sudah siap dibaik pulih dan menunggu persetujuan daripada peniaga untuk berpindah.

Menurutnya, sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti keperluan untuk membaik pulih pasar awam sebelum perkara itu diangkat ke peringkat KPKT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI