fbpx

Malakoff sasar 15 peratus penggunaan biojisim di Loji Janakuasa Tanjung Bin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH (tengah) dan Ahmad Tajuddin (empat dari kanan) bersama kakitangan Malakoff bergambar berlatar belakangkan loji pemprosesan biojisim sempena Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Kompleks Tanjung Bin, Pontian hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menyasarkan penggunaan sebanyak 15 peratus biojisim dalam proses pembakaran di Loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini menjelang tahun 2027.

Pengerusi Malakoff, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali berkata, sasaran itu ditetapkan selepas kejayaan menjalankan percubaan dengan kombinasi pembakaran menggunakan biojisim sehingga 0.5 peratus pada Disember 2022.

Katanya, jumlah tersebut meningkat kepada dua peratus pada suku pertama tahun ini.

“Usaha ini bertujuan mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG), meningkatkan kestabilan grid dan sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap Peralihan Tenaga yang Adil (JET) yang menyasarkan peralihan tenaga yang lebih saksama dan mesra alam.

“Sebagai pemain industri berpengalaman, kami yakin dengan keupayaan dan tenaga kerja yang berpengalaman untuk melaksanakan inisiatif tersebut.

“Namun dalam masa sama, kami sentiasa mencari cara baharu untuk meningkatkan kemahiran bagi memenuhi permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tambah Ahmad Tajuddin, pihaknya telah mencapai beberapa kejayaan membanggakan termasuk menghasilkan 168 megawatt kapasiti tenaga boleh diperbaharui yang terdiri daripada tenaga solar berskala besar, solar di bumbung dan tenaga hidro skala kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI