fbpx

Liga A1 Semi Pro: Gombak FC mahu beri impak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Gombak FC tekad untuk mencabar kejuaraan Liga A1 Semi Pro musim ini.

AMPANG – Kelab Liga A1 Semi Pro, Gombak FC enggan dilabel sebagai pilihan utama untuk mencabar kejuaraan sebaliknya menghormati pasukan-pasukan berpengalaman menjelang aksi pembuka tirai musim 2024/2025 pada 1 Jun depan.

Ketua jurulatih Gombak FC, Shahrom Kalam percaya fokus utama anak-anak buahnya ketika ini adalah untuk memberi impak selain cabaran sengit sepanjang kempen liga musim ini.

Kata Shahrom, ada tiga pasukan yang layak untuk dilabel sebagai pilihan utama seperti Kuala Lumpur Rovers, Melaka FC dan juara bertahan musim lalu, Imigresen FC.

“Secara jujur, fokus saya adalah untuk memastikan pasukan dapat memberi impak dan mengejutkan saingan divisyen kali ini.

“Mengenai pencabar liga, saya rasa ada tiga kelab yang layak dilabel pilihan dan agak kuat seperti KL Rovers, Melaka FC dan Imigresen FC,” katanya pada Majlis Pelancaran Jersi Gombak FC di Ampang hari ini.

Sementara itu, Presiden Gombak FC, Muadzam Shariff meletakkan sasaran untuk pasukan layak ke saingan Piala Malaysia selain berusaha untuk meraih slot ke kempen Liga Super musim depan.

“Fokus kita adalah untuk memastukan pasukan layak ke kempen Piala Malaysia dan selepas itu boleh fikirkan untuk layak ke saingan MFL (Liga Bola Malaysia),” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran tadi adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Presiden Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.

Saingan Liga A1 Semi Pro dijangka bermula pada 1 Jun hingga Februari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI