fbpx

Juruterbang maut pesawat terhempas ketika pertunjukan udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Spitfire terhempas dekat sebuah rumah di Lincolnshire semalam. - Foto [email protected]

LONDON – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja (RAF) Britain meninggal dunia selepas pesawat tempur Spitfire yang dikendalikannya pada acara Battle of Britain terhempas, demikian menurut Kementerian Pertahanan seperti dilaporkan akhbar The Sun UK semalam.

Jet era Perang Dunia Kedua itu jatuh kira-kira pukul 1.20 petang (waktu tempatan) semalam, semasa pertunjukan udara diadakan di pangkalan tentera di Coningsby, Lincolnshire.

Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan anggota perkhidmatan kecemasan berkumpul di sekitar serpihan pesawat dekat sebuah rumah.

Acara kali ke-85 itu diadakan bagi memperingati peranan RAF dalam menangkis serangan tentera Jerman ketika perang dunia.

Nahas itu telah disifatkan sebagai tragis oleh para pegawai tetapi siasatan telah dibuka untuk mengetahui punca pesawat terhempas.

Identiti juruterbang masih belum dapat disahkan.

Polis, kru ambulans bergegas ke tempat kejadian, manakala sebuah helikopter penyelamat turut berada di lokasi sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI