ALOR SETAR – Mohd. Azlan Ishak yang tular membawa bayi menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal baru-baru ini menafikan dakwaan pasangannya, Norhidayu Halim, 35 membeli barangan kemas berharga RM20,000.
“Saya cuma bagi duit dan minta bakal mentua belikan cincin emas untuk Norhidayu bagi urusan pernikahan kami. Harga cincin itu cuma RM800 tak sampai ribu-ribu sebab kami sedar kami tak layak nak pakai emas yang mahal,” jelasnya.
Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia menerima sumbangan RM200,000, Mohd Azlan berkata dia belum menyemak akaun bank tersebut.
“Saya pun tak periksa lagi akaun bank, buat apa nak periksa kerana duit sumbangan orang ramai masih ada pada tangan jadi gunakan yang itu dulu. – KOSMO! ONLINE