BANDAR GAZA – Sayap bersenjata Hamas menyatakan sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan ke pusat komersial di Tel Aviv, Israel hari ini.
Menurut Briged Ezzedine al-Qassam, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
Kenyataan itu dibuat menerusi platform Telegram.
Serangan itu adalah yang kali pertama dilancarkan ke Tel Aviv dalam tempoh empat bulan.
Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan ia berjaya memintas roket itu. – AGENSI