fbpx

Comelnya Mak Salmah bercuti dengan anak, cucu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza bersama ibu (Salmah) dan anak tersayang, Aafiyah.

BERGELAR penyanyi nombor satu negara, tentu sahaja setiap apa yang dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pasti akan mendapat perhatian.

Begitu juga perkongsian beliau yang menghabiskan masa di Korea Selatan.

Selain memaparkan telatah comel dua anaknya iaitu Aafiyah dan Afwa, kehadiran ibunya, Salmah Bachik turut menjadi ‘perbualan hangat’ pengguna media sosial Instagram.

Masing-masing memuji gaya Salmah yang mengenakan busana tradisional masyarakat Korea Selatan yang dipanggil hanbok di samping Siti dan dua cucunya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat beberapa koleksi gambar Siti bersama ibu dan dua anaknya menikmati keindahan di pusat pelancongan, Folk Village.

Kata Siti, beliau mengharapkan perjalanan indah di Seoul bersama keluarga tersayang menjadi momen terindah untuk disimpan kemas dalam kotak kenangan.

Siti (kanan) bersama bonda tersayang, Salmah Bachik ketika bercuti di Korea Selatan baru-baru ini. – INSTAGRAM

Gelagat Aafiyah dan Afwa membuatkan ramai tidak tahan melihat kecomelan mereka berdua yang beruntung apabila berpeluang mengembara ke luar negara.

Kelihatan cantik manis, Salmah dilihat mengenakan hanbok berwarna merah jambu berjaya mencuri perhatian barisan Siti Zoners.

Selain meninggalkan komen ‘comel’, malah mereka juga mendoakan semoga Salmah dikurniakan kesihatan yang baik lebih-lebih pada usia emas.

Semoga Mak Salmah bersama keluarga tersayang terus hidup sihat sejahtera Diva ucapkan.

Diva: Terhibur tengok gelagat Mak Jenny dan Nubhan yang mencuit hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI