fbpx

Bomba ulang-alik angkut air patah pergelangan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang meranapkan sebuah reban ayam di ladang ternakan ayam di Matang, dekat sini pagi tadi.

KUCHING – Seorang anggota bomba patah pergelangan kaki selepas terjatuh ketika memadam kebakaran sebuah reban di ladang ternakan ayam di Matang, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian pada pukul 7.11 pagi itu turut menyebabkan kira-kira 5,000 ekor ayam di dalam reban rentung.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS BBP Petra Jaya sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan selanjutnya.

“Kesukaran semasa operasi pemadaman disebabkan masalah tiada pili bomba dan tiada sumber air terbuka berhampiran.

“Pasukan bomba terpaksa berulang-alik mengambil air dari pili terdekat yang jaraknya satu kilometer dari lokasi kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ladang ternakan ayam berkeluasan kira-kira 20 ekar itu mempunyai 11 reban dan satu daripadanya terbakar 100 peratus. Api berjaya dikawal pada pukul 8:25 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI