fbpx

Barcelona pecat Xavi Hernandez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI tidak sempat menghabiskan baki satu perlawanan lagi bersama Barcelona apabila pihak pengurusan pasukan itu membuat keputusan memecatnya. - AFP

BARCELONA – Meskipun hanya berbaki satu perlawanan La Liga, pengurusan Barcelona seolah-olah tidak mampu menunggu lebih lama apabila mengambil keputusan memecat jurulatih, Xavi Hernandez serta-merta.

Keputusan itu dianggap sebagai mengejutkan di kala Xavi sedang mempersiapkan pasukan sebelum berkunjung ke Stadium Ramon Sanchez Pizjuan bagi menutup tirai saingan liga menentang Sevilla.

Sebaik dipecat sebagai pengendali pasukan, Xavi tidak menunggu lama apabila mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan tersebut dengan menganggap The Catalans sentiasa sebahagian daripada hidupnya.

“Sahabat-sahabat semua, bermula Ahad ini saya hanyalah bergelar sebagai penyokong Barcelona. Tidak kira sama ada di Camp Nou atau Stadium Olimpik, saya akan sentiasa berada di sana memberikan sokongan.

“Bukan satu perkara mudah untuk meninggalkan pasukan yang sudah sebati dalam hidup anda. Bagaimanapun, saya bangga kerana sepanjang dua tahun setengah membimbing pasukan, kami sudah menjadi seperti satu keluarga,” katanya.

Berdasarkan beberapa sumber yang dipercayai, Barcelona sudah pun selesai melakukan rundingan bersama Hansi Flick dan sedia untuk mengumumkan bekas pengendali Bayern Munich itu sebagai pengganti Xavi.

Sebagai rekod, Xavi dilantik sebagai jurulatih Barcelona pada November 2021 dan berjaya mengemudi pasukan itu memenangi gelaran berganda dengan bergelar juara La Liga serta Piala Super Sepanyol bagi kempen 2022/23. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN