fbpx

6 bayi baru lahir maut dalam kebakaran hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan luaran Hospital Baby Care New Born selepas kebakaran dipadamkan. - PTI

NEW DELHI – Enam bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia dalam satu kebakaran di sebuah hospital kanak-kanak di ibu negara India, New Delhi, kata polis hari ini.

Insiden yang berlaku malam semalam itu menyebabkan orang ramai bertungkus-lumus berlari dalam api untuk menyelamatkan bayi-bayi berkenaan.

“Kesemua 12 bayi yang baru dilahirkan diselamatkan dari hospital dengan bantuan orang ramai.

“Namun, ketika menerima rawatan, enam daripadanya meninggal dunia. Satu daripada 12 bayi itu sudah tidak bernyawa sebelum kebakaran bermula,” kata pegawai kanan polis, Surendra Choudhary.

Sementara itu, laman berita ABC News ketika memetik pegawai bomba, Atul Garg sebagai berkata, lima bayi selamat dan kini dirawat kerana mengalami sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran.

Punca kebakaran di Hospital Baby Care New Born dalam daerah Vivek Vihar itu sedang disiasat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI