fbpx

5 negeri alami hujan lebat sehingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri Semenanjung sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, angin kencang serta ribut petir bakal melanda seluruh kawasan Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara di Pahang, hujan lebat dijangka melibatkan beberapa daerah iaitu di Bentong dan Bera.

Bagi negeri Selangor, cuaca sama diramal berlaku sekitar Hulu Langat.

Seterusnya, kawasan Tangkak dan Segamat, Johor juga dijangka mengalami cuaca sama hingga tengah hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI