fbpx

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba sedang menjalankan operasi cari lamat seorang warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap, Segamat, semalam.

SEGAMAT – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot miliknya di Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap di sini petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.47 petang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian dipercayai seorang mangsa lelaki warga emas berusia 66 tahun dilaporkan oleh isterinya telah hilang sejak pukul 9 pagi.

“Mangsa dikhuatiri telah terjatuh dari bot semasa membuat tinjauan bot miliknya di kawasan Sungai Kampung Balai Badang.

“Pihak bomba bertindak membuat peninjauan kawasan di sekitar sungai dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Pihak bomba mengambil masa lebih dari 30 minit untuk sampai ke lokasi yang agak jauh dari Bandar Segamat dan operasi mencari masih dijalankan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai 14 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari BBP Bandar Baru Segamat bersama lima buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI