fbpx

Tragedi tanah runtuh: Malaysia bersedia bantu Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden tanah runtuh di Papua New Guninea pagi semalam dilaporkan mengorbankan banyak nyawa

PETALING JAYA – Malaysia bersedia membantu Papua New Guinea yang dilanda tragedi tanah runtuh besar di Wilayah Enga pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindak balas kemanusiaan terhadap tragedi itu akan mencabar kerana berlaku di kawasan terpencil dan pergunungan.

“Ingatan saya adalah dengan penduduk Papua New Guinea yang berdepan tragedi akibat tanah runtuh besar yang telah meragut lebih seratus nyawa.

“Malaysia sedia membantu saudara-saudara kita di Papua New Guinea,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau menjadi mangsa tanah runtuh di Wilayah Enga setakat ini.

Bagaimananpun, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang memantau dengan rapi insiden tanah runtuh di Daerah Porgera-Paiela tersebut.

Menurut Wisma Putra, Malaysia bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terkesan oleh tanah runtuh itu selain kepada rakyat dan kerajaan Papua New Guninea.

“Rakyat Malaysia di kawasan berdekatan digesa supaya kekal berwaspada dan mematuhi dan mengikuti panduan dan kemas kini terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” kata Wisma Putra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI