fbpx

RUU Suruhanjaya Pekerja Gig dibentangkan Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (empat dari kanan) pada Sambutan Hari Belia Negeri (HBN) 2024 di Banda Hilir, Melaka, hari ini.

MELAKA – Rang Undang-undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig yang ditubuhkan bagi membela dan melindungi hak pekerja gig akan bentangkan di parlimen pada Julai depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kabinet telah bersetuju untuk membentuk kerangka bagi memenuhi keperluan kumpulan itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan belia negara.

“Baru-baru ini ada usul belia-belia, dia minta adakan Suruhanjaya Pekerja Gig kerana puluhan ribu, malahan mencecah seratus ribu anak muda dalam ekonomi gig.

“Kerajaan terus bersetuju dan kita akan persiapkan undang-undnag dan Insya-Allah boleh dibentang pada parlimen pada Julai akan datang. Maknanya bila kita dengar suara belia, kita cuba bukan sekadar santuni tetapi laksanakan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negeri (HBN) 2024 di Banda Hilir, hari ini.

Terdahulu, pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) baru-baru ini, Anwar berkata, Suruhanjaya Pekerja Gig akan ditubuhkan bagi melindungi hak pekerja gig yang kini sudah mencecah 1.12 juta rakyat, terutama dalam kalangan anak muda.

Anwar berkata, keutamaan suruhanjaya itu untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) kemudian menggariskan enam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig termasuk menggubal perundangan baharu.

Kerangka itu turut membabitkan mekanisme kilanan (tidak puas hati), struktur dan fungsi suruhanjaya, implikasi kewangan, penentuan kadar upah, perlindungan sosial dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pangkalan data bersepadu bagi pendaftaran pekerja gig dan penyedia platform.

Kesuma berkata, penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig membolehkan satu saluran formal diwujudkan bagi mengendalikan isu pekerja dalam sektor gig.

Ia termasuk aduan kilanan berkaitan manipulasi platform kepada pekerja gig, penentuan kadar upah dan perkara lain yang berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI