fbpx

Pelajar diseterika kerana tidak bersalam dengan senior  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia. -  TVONENEWS

JAKARTA – Seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia mengalami kesan melecur pada bahagian badan selepas diseterika oleh pelajar senior di sekolah terbabit, lapor akhbar Detik Jateng semalam. 

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKP Aditya, kejadian berlaku hanya disebabkan mangsa tidak bersalaman dengan pelaku selepas selesai menunaikan solat.

“Mangsa dikenali sebagai D dan berumur 14 tahun manakala pelaku berasal dari Bali dan tua setahun daripadanya,” kata Aditya.

Mangsa difahamkan sedang berdoa menyebabkan salam itu tidak disambut. Namun, perbuatan itu mencetuskan kemarahan pelajar senior tersebut. 

“Dia diseterika di bahagian dada dan lengan sebanyak tiga kali ketika mereka berada di asrama sekolah,” tambahnya.

Susulan itu, suspek bakal berhadapan hukuman selaras dengan undang-undang Republik Indonesia.

“Suspek akan didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana kerana dia masih di bawah umur,” kata Aditya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan Madrasah Kementerian Agama, Ahmad Faridi menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dalam sektor pendidikan.

“Tiada toleransi terhadap perbuatan buli apatah lagi buli yang mendatangkan kecederaan,” kata Ahmad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI