fbpx

Nasib harimau gemuk terpaksa diet 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau gemuk yang dikurung dalam sangkar kecil, ditemui polis dalam satu serbuan. - JAM PRESS

HANOI – Seekor harimau seberat 200 kilogram terpaksa menjalani diet ketat kerana terlalu gemuk selepas polis menyelamatkan haiwan itu daripada sebuah kurungan sempit  di Vietnam, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 

Polis menemui harimau itu semasa melakukan serbuan terhadap kumpulan penyeludup haiwan.

“Selepas menangkap suspek, anggota-anggota polis memeriksa beberapa haiwan yang dikurung di dalam sangkar. 

“Mereka menemui seekor harimau gemuk yang sukar untuk berdiri,” kata seorang pegawai polis. 

Menurutnya, polis menghubungi pusat perlindungan haiwan tempatan selepas menyedari haiwan itu memerlukan bantuan pakar. 

Pegawai-pegawai santuari terkejut apabila mengetahui berat harimau tersebut. Ini kerana  spesies harimau biasanya mempunyai berat antara 63.5 kilogram hingga 165.1 kilogram. 

“Pemerdagangan harimau akan berterusan kerana didorong oleh permintaan untuk tulang, daging dan organ binatang buas itu,” kata jurucakap pusat perlindungan tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI